Friday, April 10, 2009

hindraf bagi tempoh 100 hari - malaysiakini

Hindraf, yang mendapat dukungan popular komuniti India, akan menangguhkan sebarang bantahan termasuk demonstrasi dalam tempoh 100 hari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Sebagai tanda sangka baik dan harapan akan wujud pembaharuan sebenar dan positif berhubung nasib kaum India di Malaysia, Hindraf tidak akan menganjurkan kegiatan seperti tunjuk perasaan atau menyerahkan memorandum," kata pengerusinya P Waythamoorthy hari ini.

bm lima tahanan hindrafBeliau, yang berada di London sejak penahanan lima tokoh Hindraf bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember 2007, berkata Hindraf benar-benar berharap perdana menteri baru bersedia berbincang dengan pertubuhan haram itu bagi mencari jalan penyelesaian.

Adik penasihat undang-undang NGO itu P Uthayakumar - kini masih meringkuk dalam tahanan di kem Kamunting, Taiping - juga mengalu-alukan barisan jemaah menteri yang mengangkat sumpah hari ini.

Kurang 12 jam selepas mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong pada 3 April lalu, Najib membebaskan dua daripada pemimpin Hindraf daripada kem Kamunting: R Kenghadharan dan V Ganabatirau.

Selain Uthayakumar, setiausaha Hindraf T Vasantha Kumar dan M Manoharan, kini ADUN Kota Alam Shah, masih di kem tahanan tersebut.

Thursday, April 9, 2009

Hidup Melayu! - malaysiakini

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Nathaniel Tan merupakan pengendali blog www.jelas.info. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di
www.niknazmi.com

Dan2 jek x kecewa....

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

khairy jamaluddinKetika dihubungi Malaysiakini, ahli parlimen Rembau berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada campur tangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.


padan muka hang

kayry kecewa...hahahaha...padan muka

tahniah aku ucapkan....hahahahha


tahniah buat kayry..kerana mengekalkan kebencian org ameno kat hang....
itu la...dlu pak mertua hang ada hang bukan main langsi lg...

nah sekarang hang terima la.....padan muka hang...

tu la...org tua dulu ada kata...hidup ni umpama roda cek oi...dulu hang diatas...skunk ni...hang jgn mimpi la nak naik ataih lagi....

lagi2 ada mamak tu kat dlm parti hang...lg la...hang dulu bukan main kutuk dia...nah sekarang...



xpa la...aku ingat hang balik rembau...tolong org rembau bela lembu ke ape ke...

itupown kalau org rembau terima kau kayry...

Wednesday, April 8, 2009


tahniah pakatan rakyat.....

MCA tidak puas hati kabinet baru

sumber MALAYSIA KINI


MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya pagi ini - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.

ong tee keat putrajaya pc sime darby diesel price pc 191208 02Pertemuan itu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya selepas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, bertemu Najib kelmarin.

Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menggesa Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974.

MCA mendapat empat jawatan menteri dan enam timbalan menteri dalam setiap kabinet yang dibentuk oleh perdana menteri lalu, kata Ong.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaNajib kini dalam proses rundingan dengan barisan pemimpin atasan 13 parti komponen BN, termasuk Umno, sejak dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri keenam di Istana Negara, Jumaat lalu.

Beliau menangguhkan pengumuman barisan kabinetnya - yang dijangka membawa kejutan - tengah hari ini bagi meneruskan rundingan tersebut.

Keputusan tiga pilihanraya kecil semalam difahamkan turut menjadi pertimbangan Najib dalam memuktamadkan kabinet pertamanya itu.

Difahamkan, hampir separuh muka baru diramalkan menganggotai kabinet tersebut - lebih kecil daripada yang dibentuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan 29 orang menteri dan 27 kementerian.

Najib juga dipercayai mempertimbangkan dengan serius keanggotaan pemimpin Sabah dan Sarawak - yang menjadi asas sokongan utama BN seperti keputusan pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bertemu Najib semalam, sementara Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dilaporkan berunding sehari sebelum Najib mengangkat sumpah.

Satu lagi perkembangan terbaru berhubung kabinet baru Najib ialah kemungkinan beliau terpaksa menerima desakan supaya satu jawatan menteri diperuntukkan untuk ketua Pemuda Umno.

Pihak-pihak yang mendesak itu berkata, sekiranya Khairy Jamaluddin tidak dilantik menganggotai kabinet baru, bermakna pergerakan itu akan terlepas satu jawatan menteri yang diisi penyandang jawatan ketuanya selama ini.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sewaktu memimpin pergerakan itu, dilantik sebagai menteri pelajaran.



padan dengan muka hangpa.....

Tuesday, April 7, 2009

tahniah kepada pejuang PR

TERBAIK DAN SYABAS!!!!
Buat ir nizar n manikumar kerana mengekalkan kemenangan di tempat masing2....buat parti Be end....hmmm...hanya sia2 pi buang duit bejuta ingat bole menang.......aku malas nak komen sgt...coz ramai lg blogger tgh mengentam hampa..hangpa pon satu... dah tau ameno dah nak pupus pi bawak masuk mamak madir tu buat apa??org suma dah x suka dekat mamak tu...tu la gatai sangat..hahha..klaka aku tgk hangpa ni...dah la guna tv,radio,paper,apa lg...suma hangpa guna...kalah juga...hm...tak tau la nak kata apa...mcm ni la...hang pa org2 ameno n parti komponen pi balik rumah...duk depan balkoni...klu ada balkoni la...aku rasa ada coz hangpa suma kaya2....pi pikiaq....knp be end buleh kalah...walaupown dah try sehabis baik dan byk duit habis tetap kalah...hahahhah...klaka...aku dari mlm td gelak x abis2....pesan aku pada hangpa...klu org dah x suka kt hangpa....hangpa buat apa pown depa x suka juga...dan ingatlah PR tetap akan berjuang hingga ke titisan terakhir....LAWAN TETAP LAWAN>>>

Kemenangan di bukit Gantang

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Thursday, April 2, 2009

PRK P059 - Apa bezanya antara mereka!!!!

Aku ni bukanlah Ahli Nujum Pak Belalang pulak, cuma sesekali tu nak ajak hangpa realese tension asyik dok baca macam-macam cerita, la ni mai kita cuba tengok gambar calon-calon di PRK P059.. Bagaimana gelagat mereka...

Aku tak ada nak komen apa-apa... cuma aku dapat rasakan si Mail ni ikhlas ka tidak pegang kepala lutut Nyonya tu...macam geli-geli pun ada, tapi nak buat macam mana.. kamera dan nak snap, nak tak nak pegang juga la.... haram bersentuh kulit wanita.. mazhab hadhari harus kut....


Hak ini pulak, Cina-cina yang duduk tengah minum tu macam nak tak nak aja... entahlah mungkin tak sempat nak posing kut....

Ha ha ini baru OK...ni baru perihatin, ada ciri-ciri berjiwa rakyat.. ada sifat kasih sayang...hangpa tengok... anak-anak dara india ni pun teruja.. siap nak snap ambik gambar Nizar.. memang depa tak boleh mengundi lagi... tapi paling kurang pun dia balik rumah cerita kat mak, pak , tok wan, tok nek, pak cik, pak penakan dia semua, dia akan kata Nizar baguih, undilah Nizar.. Insyallah... Ya Allah... bukalah mata hati hamba-hamba mu sekelian supaya pada 11 Rabiulakhir bersamaan 7 April ini, supaya mereka yang mengundi akan mengundi hamba mu yang bernama Mohammad Nizar bin Jamalludin. Amin.

Bukti ameno Derhaka


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.


6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?
Shahidan turut menghantar kumpulan samseng gagak hitam mengepung istana atas tujuan menakutkan istana.

SEKARANG UMNO BUAT² TAK FAHAM MENGENAI ISTILAH ISTANA "SEMBAH DERHAKA" DAN MENGATAKAN NIZAR DERHAKA. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN MELAUNGKAN DIMANA SAHAJA NIZAR DERHAKA. MEMPERBODOHKAN RAKYAT SUPAYA RAKYAT JADI BODOH SEPERTI MEREKA. BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG MODAL SAMA. ISU DERHAKA DERHAKA DERHAKA...SO SIAPA YANG DERHAKA SEBENARNYA?

Yangan Lisau, Kuala Sepetang Pakatan Lakyat Puniya..! - malaysiakini

Jam 4 petang teman pi usya Kuala Sepetang dengan Black dan jugak geng dari Laman Marhaen. ui... dekat sana best... sempat aku sembang dengan apek dekat kedai... apek tu cakap, You orang Pakatan Lakyat yangan lisau, semua olang Kuala Sepetang sudah tekad lalam hati kita misti kasi itu MB Haji Nizar menang besat.

Jeng... jeng... jeng... fuh... lega... apek tu pulak cerita dekat aku pasai joget lambak semalam. dia cakap itu GELAKAN puniya olang puniya function... olang panggey kita pi la. lagi ada makan-makan maaa... Tok Gulu Nik Ajis sudah pesan sama kita, olang kasi kita ambik, bila pangkah, kita pangkah bulan looo...

Best kan..?

Wednesday, April 1, 2009

Ceramah nizar....terbaik...

Ada yang tanya aku betul ke ceramah Dato' Seri Ir Nizar semalam tak dapat sambutan dan kehadiran cuma sekitar 50 orang je... cerita banyak tak mau... kalau baca laporan media perdana memang tak dak sambutan...

Tapi jangan marah pasai depa belajaq bahasa melayu dalam bahasa inggeris dan jugak matematik dalam bahasa inggeris... cara kiranya lain sikit.

Hangpa tengok gambaq sudah... biaq gambar je jawap soklan tu.

.

mahathir bantu bn di bukit Gantang - malaysiakini

kemaskini 5.56pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.

Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.

bukit gantang by election shahrizat ismail matang road campaign 310309 06Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya.

"Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.

Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.

"Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula.

"Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.

Sementara itu, PAS tidak bimbang dengan kedatangan Dr Mahathir membantu Ismail dengan alasan beliau tidak lagi berpengaruh luas, apatah lagi parti itu menikmati sokongan bukan Melayu.

bukit gantang by election 280309 nizar talkingKetua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengaruh tokoh itu hanya di kalangan pengundi Melayu tetapi kecil sahaja.

"Mungkin sebahagian kecil pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi oleh Dr Mahathir," katanya, ketika diminta mengulas rancangan membawa bekas presiden Umno itu membantu kempen.

"Malah perdamaian Dr Mahathir dengan perdana menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hanyalah lakonan sahaja."

Menurutnya lagi, PAS hanya mahu mengekalkan kira-kira 50 peratus sokongan pengundi Melayu untuk menang dalam pilihanraya ini.

Majoriti pengundi bukan Melayu umumnya, kata Norazli lagi, menyokong Mohammad Nizar.

"Dengan sokongan pengundi bukan Melayu ini, kedatangan Dr Mahathir tidak memberi kesan," katanya.

Chua - Be end susah hadapi Jentera Nizar - Malaysiakini

Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

Ditemui Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering, beliau berkata Trong setakat ini masih dianggap "kawasan kelabu-hitam" bagi BN.

Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).

DUN Trong dikuasai wakil rakyat BN, Datuk Rosli Husin, yang juga ketua bahagian Bukit Gantang.

Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.

Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.

Ezam hentikan temberang annda

Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.

Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini.

Berikut saya petik laporan dari mStar Online:

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”

“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.

“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Apa yang pasti, Ezam telah menipu!

Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.

Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.

Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).

Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!

Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!

———-
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa sebenarnya Ezam Mohd Noor, boleh muat turun buku Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa. Sila klik sini.

meriahnya Bukit selambau...